Thursday, December 4, 2008

citer kelakar....

citer kelakar....(ehsan abg rem)
KISAH BULAN PUASA"
Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.Aku cuit bahu dia dantunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengahsujud fikir aku."Kenapa?" tanya Abah."Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah."Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini."Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,"sambung Abah memaki lagi...Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.Terima sahajalah.Jangan melawan.Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampunglagi.Aku cuma pulang untuk cuti raya.
MEE vs BIHUN
Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.Malah bihun seringmempersendaka n mee di depan umum,"Dasar si kuning gemuk¡­ingat orangsuka sangat kat dialah tu!"hari-hari berlalu¡­namun mee buat derk ajedengan segala kerenah dan hinaan bihun.Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempatlain.bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.Bihun rasa marah dah berteriak;"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir kobuat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

2 comments:

HIDAYAH HALIM said...

hahahhaah...memang sengal...goli porut den...

Shopping Cabin said...

am inviting u to shoppingcabin!
http://shoppingcabin.blogspot.com